Ahli majlis diseru gerakkan agenda Pelan Tindakan Bandar Pintar
Oleh: Syamimi Manah
KOTA DARULNAIM, 12 Januari – Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diseru untuk menggerakkan agenda Pelan Tindakan Bandar Pintar di kawasan masing-masing bagi memastikan inisiatif bandar pintar Kelantan benar-benar direalisasikan sepanjang tahun 2026.
Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, tahun 2026 telah diisytiharkan sebagai tahun pelaksanaan sebenar agenda Bandar Pintar Negeri Kelantan, justeru ahli majlis perlu memikul peranan penting sebagai penggerak di peringkat PBT.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan 2026 di Dewan Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.
Sumber: inforakyat.kelantan.my