Kelantan optimis capai sasaran hasil padi empat tan sehektar menjelang 2026
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco
KOTA DARULNAIM, 12 Januari – Kerajaan Negeri Kelantan bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemasin Semerak (IADA Kemasin Semerak) optimis mencapai sasaran peningkatan purata hasil padi daripada tiga tan sehektar kepada empat tan sehektar pada tahun 2026.
Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata beberapa inisiatif strategik telah dirangka bagi merealisasikan sasaran tersebut termasuk pemantapan jadual penanaman padi, penggunaan benih berkualiti tinggi serta pengurusan baja yang lebih efisien menerusi pendekatan Precision Farming.
Menurutnya, langkah berkenaan bertujuan meningkatkan produktiviti hasil padi dan dapat menjamin kelestarian sektor pertanian serta menambah pendapatan golongan petani di negeri ini.
Sumber: inforakyat.kelantan.my