KelantanNegeri

Islam tidak larang bergembira selagi patuh syariat – Exco Dakwah

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 7 Januari – Islam tidak melarang umatnya bergembira, bahkan kegembiraan itu dibenarkan selagi mematuhi batas syariat, ujar Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Daud.

Menerusi intisari Kuliah Medan Ilmu, beliau menjelaskan bahawa berdasarkan hadis Qudsi, Rasulullah SAW dibimbing agar tidak meresahkan para sahabat ketika mereka sedang bergembira, sebaliknya kegembiraan perlu dipandu dengan kesedaran terhadap kehidupan akhirat.

“Setelah Nabi SAW menyatakan bahawa mereka pasti akan lebih banyak menangis daripada bergembira apabila mengetahui apa yang telah diketahui baginda SAW,  dalam kalangan mereka ada yang tersentuh lalu menangis” katanya, di laman rasmi, pada Jumaat.

Menurutnya, wahyu tersebut menjadi petunjuk bahawa manusia boleh mengecapi nikmat dan suasana kegembiraan di dunia selagi tidak bercanggah dengan hukum Allah SWT.

Tambahnya, Rasulullah SAW turut berpesan supaya umat bergembira dengan  cara yang baik.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️