KelantanNegeri

Bantuan awal persekolahan Kelantan diagihkan melalui PKD

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar

KOTA DARULNAIM, 7 Januari – Menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun 2026 Kerajaan Negeri Kelantan tampil dengan langkah proaktif meredakan tekanan kos sara hidup apabila menyalurkan bantuan awal persekolahan secara menyeluruh di semua Pusat Khidmat Dewan Negeri (PKD). 

Tindakan tersebut sekali gus memastikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan memulakan tahun akademik baharu dengan lebih yakin dan terjamin.

Keprihatinan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap kebajikan rakyat dizahirkan menerusi pelaksanaan bantuan awal persekolahan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan membuat persiapan menghadapi sesi persekolahan 2026 yang bermula minggu hadapan.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan secara menyeluruh di semua 45 buah PKD di Kelantan.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️