KelantanNegeri

Dasar Rumah Mampu Milik Kelantan 2026 lebih fleksibel bantu rakyat miliki rumah

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 5 Januari – Kerajaan Negeri Kelantan meluluskan Dasar Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) 2026 yang lebih fleksibel bagi menangani peningkatan kos pembinaan dan cabaran pembiayaan perumahan, sekali gus memperluaskan peluang rakyat memiliki kediaman sendiri.

Dasar berkenaan berjaya disiapkan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Bilangan 3/2025 sebelum dipersetujui untuk diterima pakai melalui persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Bilangan 27/2025.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah berkata, penggubalan dasar baharu itu dibuat berikutan kenaikan mendadak kos bahan binaan, upah buruh serta harga hartanah, selain penilaian pembiayaan yang semakin ketat oleh pihak bank dan institusi kewangan.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️