Kesedaran saringan awal kanser wanita dipertingkat – Dato’ Rohani
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco
KOTA DARULNAIM, 4 Januari – Kerajaan Negeri Kelantan terus komited mempertingkatkan tahap kesihatan masyarakat dengan membina gelombang kesedaran terhadap kepentingan pengesanan awal kanser, khususnya dalam kalangan wanita di negeri ini.
Demikian kenyataan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Datoβ Rohani Ibrahim menerusi media sosial pada Sabtu.
Jelasnya, usaha itu penting memandangkan wanita merupakan tunjang kesejahteraan keluarga, pendidik kepada anak-anak serta nadi kepada pembentukan masyarakat yang sejahtera.
Sumber: inforakyat.kelantan.my