KelantanNegeri

Anak muda Kelantan sambut ambang tahun baharu 2026 dengan selawat

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 1 Januari – Negeri Kelantan memilih pendekatan berbeza dalam menyambut ambang tahun baharu 2026 apabila mengisinya dengan program keagamaan melalui majlis selawat dan ilmu, sebagaimana saranan agama.Β 

Menteri Besar YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata amalan berselawat adalah perintah Allah SWT, bahkan Allah SWT dan para malaikat sendiri berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Katanya, setiap selawat yang diucapkan kepada Rasulullah SAW akan dibalas dengan sepuluh selawat daripada Allah SWT, yang membawa maksud turunnya rahmat kepada hamba-Nya.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️