🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Sokong Penuh Belanjawan 2026, Utamakan Wanita, Keluarga Dan Anak Muda

KUALA TERENGGANU – Ameerah Terengganu menyokon penuh Belanjawan Terengganu 2026 yang memberi penekanan besar kepada pembangunan wanita, pengukuhan institusi keluarga dan peluang untuk anak muda.

Pengarah Ameerah Terengganu, Ustazah Sumaiyah Zakaria berkata, ia selaras dengan usaha membina masyarakat yang sejahtera dan berdaya tahan.

Menurutnya, belanjawan bertemakan “Memacu Potensi, Melonjak Prestasi” yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada 10 November lalu menjelaskan komitmen Kerajaan Negeri meningkatkan pendapatan rakyat.

“melalui latihan dan bimbingan keusahawanan, selain bantuan modal mikro seperti UBES dan iTEKAD.

“Inisiatif pemasaran digital berpusat pula dilihat sebagai peluang besar untuk wanita memasarkan produk terus dari rumah secara lebih mudah dan berkesan.

“Ia turut menekankan pengukuhan institusi keluarga melalui pelaksanaan kursus pra dan pasca perkahwinan serta peranan kaunselor dan perunding rumah tangga harmoni,” jelasnya dalam kenyataan media, hari ini.

Kata Sumaiyah, peruntukan kepada sekolah agama rakyat, institusi tahfiz dan pondok melalui bantuan per kapita dan penambahbaikan prasarana, adalah pelaburan penting untuk membentuk generasi muda berilmu dan berakhlak.

“Penganjuran Simposium Kepimpinan Belia dan Beliawanis pula dilihat membuka ruang besar kepada anak muda untuk mengasah bakat kepimpinan serta berperanan dalam pembangunan negeri,” ujar beliau.

Sumaiyah turut memuji kejayaan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh ekonomi apabila kadar pengangguran berjaya diturunkan kepada 3.4% pada suku keempat 2024 dan seterusnya 2.8% pada suku kedua 2025.

“Belanjawan 2026 bukan sekadar dokumen kewangan, tetapi manifestasi kasih sayang dan tanggungjawab Kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap setiap dasar yang dirancang dapat dilaksanakan dengan amanah dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat di lapangan, khususnya wanita yang menjadi tonggak keluarga dan masyarakat.

“Semoga Terengganu terus makmur, sejahtera dan diberkati,” tambah beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️