PAS Besut Buat Persiapan Awal Hadir Muktamar Tahunan Kali ke-71
KUALA TERENGGANU β PAS Kawasan Besut telah membuat persiapan awal untuk menghadiri Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali ke-71 yang akan berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut mulai esok.
Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, YB Nurkhuzaini bin Ab. Rahman berkata, persiapan awal itu melibatkan tempahan penginapan dengan mengenal pasti rumah yang sesuai bagi keselesaan perwakilan.
βInsya Allah, perwakilan daripada Pemuda Kawasan akan memulakan perjalanan ke Kedah diikuti Muslimat, Ulama dan seterusnya perwakilan Muktamar Agung dari Besut seramai 15 orang,β jelasnya ketika dihubungi hari ini.
Beliau turut mengucapkan selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan dan pemerhati yang mengikuti Muktamar nanti.
βMuktamar ini adalah medan muhasabah, mengukukuhkan ukhuwwah dan pentas menyusun strategi untuk memperhebatkan lagi perjuangan Islam, rakyat dan negara,β ujarnya.
Justeru itu, beliau berharap resolusi yang lahir dari Muktamar kali ini menjadi panduan kepada semua ahli dan penyokong PAS untuk melangkah dengan lebih yakin dan tersusun.