🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

PASTI Jiwa Merdeka Meriah

KUALA TERENGGANU – Suasana penuh warna-warni program PASTI Jiwa Merdeka terserlah apabila ratusan anak-anak tampil dengan semangat patriotik, menyambut bulan kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti kreatif.

Kanak-kanak comel berbaju tradisional berhias Jalur Gemilang menjadi tarikan utama, menghidupkan semangat cintakan tanah air sejak dari usia kecil.

Sorakan “Merdeka! Merdeka!” bergema penuh ceria, menandakan betapa kuatnya jiwa patriotik mereka.

Acara turut diserikan dengan perarakan mini.

Turut mencuri tumpuan, anak-anak tampil dengan pakaian warna-warni bertemakan Merdeka.

Mak ayah pula sanggup berhabis duit dan masa untuk menghias dan menyiapkan kostum anak-anak, semata-mata mahu melihat si kecil mereka tampil penuh semangat patriotik.

Ada yang menempah khas pakaian, ada pula yang DIY sendiri di rumah hasilnya menjadikan suasana perarakan PASTI Jiwa Merdeka bagai karnival mini penuh meriah.

Seorang ibu yang dikenali sebagai Hayati, turut berkongsi rasa bangga apabila melihat program sebegini diadakan.

“Memang terbaik PASTI buat program macam ini.

“Patriotisme anak-anak perlu ditanam sejak usia 4 tahun lagi,” jelasnya.

Beliau menambah, di PASTI bukan sahaja mereka belajar akademik, malah diasuh dengan pendidikan agama, doa, solat, hafazan al-Quran dan hadis, malah ada juga aktiviti Alam Ria PASTI.

“Semua ini membentuk anak-anak yang bukan sahaja bijak, tapi juga berakhlak mulia,” katanya.

Program sebegini bukan sahaja mendidik anak-anak tentang sejarah dan erti kemerdekaan, malah menyemai nilai cinta, hormat dan tanggungjawab terhadap negara.

Bila lihat anak-anak kecil sudah memahami makna merdeka, inilah harapan besar untuk masa depan Malaysia.

Mereka bukan sekadar pewaris, tetapi pembina negara yang lebih gemilang.

Program PASTI Jiwa Merdeka ini sekali lagi membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak mampu melahirkan generasi yang seimbang berilmu, berakhlak, dan menjiwai semangat kebangsaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️