🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

“Kenapa Mereka Gentar dengan PASTI?”

DUNGUN – Isu PASTI sekali lagi dibangkitkan di Parlimen, menandakan betapa gentarnya musuh kepada institusi pendidikan prasekolah Islam tersebut.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli, mempersoalkan sikap pihak tertentu yang dilihat tidak senang dengan keberadaan dan kuatnya pengaruh yang dimainkan prasekolah itu dalam mencorak masa depan generasi muda.

“Persoalannya, kenapa PASTI yang sering diserang? Adakah anak-anak PASTI diajar ajaran sesat? Adakah silibus mereka bercanggah dengan Islam? Atau adakah kerana mereka diasuh untuk mencintai agama dan mengamalkan nilai-nilai murni yang kini semakin dilupakan?” tempelaknya.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang, melahirkan rasa kecewa ketika merasmikan majlis penutup Alam Ria PASTI 2025 peringkat DUN Rantau Abang di sini, hari ini.

Tambah beliau, selepas isu silibus, kini elaun guru-guru PASTI pula menjadi sasaran.

“Elaun mereka bukanlah besar, namun mereka tetap mendidik dengan penuh keikhlasan. Mereka bukan mengajar kerana bayaran, tetapi demi membentuk generasi soleh dan solehah. Kenapa pula usaha murni ini cuba dilemahkan?”

Ustaz Fadhli menegaskan bahawa serangan bertubi-tubi terhadap PASTI bukan suatu kebetulan, sebaliknya merupakan pengiktirafan tidak rasmi terhadap kejayaan sistem pendidikan PASTI yang telah mencabar keberkesanan sistem sedia ada dengan pendekatan holistik dan berteraskan nilai Islam.

Beliau turut menyeru ibu bapa dan masyarakat agar tidak goyah dengan tekanan yang berlaku.

“Teruskan menyokong guru-guru PASTI. Mereka bukan sekadar mengajar, tetapi sedang membina tiang masa depan Islam,” katanya penuh semangat.

Alam Ria PASTI 2025 kali ini telah diadakan di tiga lokasi sekitar PAS Cawangan Taman Permint Indah, iaitu di Surau Taman Permint Indah, Pusat Tarbiyah dan Kafa Taman Permint (PUSTAKA), serta PASTI Al-Kauthar.

Dalam kejohanan tersebut, PASTI Al-Ehsan, Batu Tiong muncul juara keseluruhan selepas menggungguli enam daripada 11 kategori yang dipertandingkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️