🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
KelantanNegeri

Anugerah Tokoh Kebajikan (Kategori NGO)

Anugerah Tokoh Kebajikan (Kategori NGO) dianugerahkan kepada Persatuan Misi Kembara Dakwah (MKD). Ia dipilih dari NGO yang telah memberi sumbangan yang bermakna di peringkat negeri dan nasional dalam bidang kebajikan. NGO ini turut menjadi penghubung di antara pihak penyumbang dan golongan sasar melalui penganjuran program-program kebajikan.

Persatuan ini merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif sejak tahun 2014 dan telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 2018. Berpegang teguh kepada prinsip dakwah melalui kebajikan dan khidmat masyarakat, mereka aktif turun ke lapangan, khususnya dalam menyantuni masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman.

Pelbagai bentuk bantuan kebajikan telah disalurkan, termasuk sumbangan bekalan makanan dan barangan dapur kepada golongan asnaf, bantuan pakaian dan kelengkapan persekolahan, ubat-ubatan serta keperluan kesihatan, kerja-kerja membaik pulih rumah dan aktif membantu mangsa bencana khususnya pasca banjir.Antara inisiatif yang memberi impak besar ialah Projek Gerobok Rezeki, yang telah memberi manfaat kepada ribuan penerima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️