🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Kukuhkan Dua Pendekatan Untuk Sokongan Mantap Rakyat

KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Hulu Terengganu menegaskan, dua pendekatan utama iaitu dakwah dan kebajikan perlu diperkukuhkan bagi memastikan sokongan rakyat terhadap PAS terus mantap menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Timbalan Yang Dipertuanya, Ustaz Hilmi Harun berkata, kemenangan besar PAS di Terengganu pada PRU lepas bukanlah hasil kekuatan parti semata-mata, tetapi merupakan anugerah Allah yang perlu dijaga dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

“Kita menang bukan kerana hebatnya parti, bukan kerana strategi pilihan raya, bukan kerana calon yang berpengaruh atau jumlah ahli yang ramai.

“Tetapi kemenangan ini adalah kurniaan Allah yang bersifat sementara dan wajib dipertahankan dengan kerja dakwah dan kebajikan yang berterusan,” katanya.

Mengulas ucapan perbahasan beliau pada Ijtimak Kepimpinan Sabtu lalu, katanya, dakwah perlu dilaksanakan secara lebih menyeluruh melalui pendekatan ‘direct contact’ dengan masyarakat tanpa mengira fahaman politik, taraf hidup, bangsa dan agama.

“Program dakwah berskala kecil dan besar perlu dipergiat bukan sekadar mengajak menjadi pengundi, tetapi mendorong rakyat untuk menyertai PAS sebagai ahli berdaftar.

“Sebagai kerajaan, PAS juga perlu melaksanakan program pengenalan Islam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam bagi memperlihatkan keindahan pentadbiran berlandaskan Islam,” jelasnya.

Beliau menambah, bantuan dan perkhidmatan sosial yang disalurkan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan agensi kerajaan perlu diberikan secara adil kepada semua lapisan rakyat termasuk bukan penyokong PAS.

Selain itu, beliau turut menekankan isu perumahan sebagai antara masalah utama rakyat, khususnya golongan muda yang berkeluarga tetapi tidak mampu memiliki rumah sendiri.

“Ramai anak muda berkahwin tetapi terpaksa tinggal bersama ibu bapa atau mertua kerana kos sewa tinggi dan tiada kemampuan membeli rumah sendiri.

“Manifesto PAS sebelum ini menjanjikan penyelesaian isu ini, maka perlu ada langkah segera dan data terkini untuk memenuhi keperluan rakyat,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru kepada seluruh jentera parti agar berganding bahu, menyusun strategi dengan baik dan memperkukuh hubungan dengan rakyat melalui dakwah serta kebajikan, demi mengekalkan rekod kemenangan cemerlang PAS di Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️