🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
KelantanNegeri

ANUGERAH TOKOH AL-KHANSA’ AMRU

Bagi anugerah Tokoh Al – Khansa’ Amru, diberikan kepada seorang tokoh dalam bidang kesenian. Beliau dilahirkan pada 22 September 1941, dan merupakan antara tokoh terakhir yang mahir dalam seni halus sulaman kelingkan — satu seni tenunan benang emas yang kini makin pupus ditelan zaman. Beliau terlibat dalam bidang sulaman kelingkan semenjak awal tahun 1956 ketika berumur 15 tahun. Beliau sering memerhati dan mengikuti kegiatan arwah nenek saudaranya yang tekun menjahit dan menyulam hasil pemerhatian dari kaedah sulaman tudung kepala wanita di Turki Ketika arwah menetap di Makah .

Disebabkan minat dan kesungguhan, beliau juga turut mencubanya sendiri. Oleh kerana kemahirannya dalam bidang sulaman kelingkan, beliau telah diperkenalkan kepada pihak Istana Kelantan. Semenjak itu, beliau telah diberi tanggungjawab sebagai tukang jahit kepada Raja Perempuan Kelantan, iaitu

Almarhum Tengku Zainab Almarhum Tengku Muhammad Petra. Kehalusan dan kekemasan kerja tangan beliau amat dikagumi oleh baginda Raja Perempuan memandangkan kegiatan sulaman kelingkan telah diwarisinya sejak remaja, maka proses penyulaman begitu dekat dengan dirinya. Selain sulaman kelingkan, beliau juga berkemahiran membuat tekatan paku-paku, sulaman ayak, jahitan manik, pakaian bunga dan kaitan serta peralatan singgahsana diraja Kelantan.

Pada tahun 1970-an beliau dititahkan oleh Almarhum Sultan Yahya Petra untuk menghasilkan seni sulaman ( tekatan ) terhadap sepasang kasut sandal khas bagi tujuan dihadiahkan kepada Raja Thailand, iaitu Raja Bumiphol Aduyadev . Kerja-kerja sulaman tersebut merupakan antara sumbangan penting beliau dan merupakan pengiktirafan tertinggi kepada beliau, kerana diberi penghormatan untuk berkhidmat membantu baginda Sultan Kelantan dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan Raja Thailand pada ketika itu. Pada tahun 2013, beliau telah dianugerahkan anugerah ADIGURU KRAF KELINGKAN oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia, satu pengiktirafan yang tidak mampu membalas jasa sebenar beliau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️