NegeriTerengganu

Senjata Baharu Dekati Anak Muda

KUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan PAS Besut yang baharu merancang strategi penerangan baharu dengan tumpuan kepada anak muda dan media sosial sebagai saluran utama maklumat parti.

Nik Mazli Mat Yusof, menegaskan komitmennya untuk memastikan gerak kerja penerangan lebih tersusun dan berkesan selaras dengan hala tuju perjuangan PAS.

β€œSaya sedang merangka gerak kerja, insya Allah.

β€œSebagai ketua yang baru dilantik, saya akan pastikan segala gerak kerja berjalan lancar dan sampai kepada matlamat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini.

Nik Mazli berkata, salah satu tumpuan utamanya ialah menjadikan program-program berunsur sukan dan permotoran sebagai jambatan mendekati golongan muda yang semakin cenderung kepada aktiviti sebegitu.

β€œUntuk generasi muda, kita cuba terapkan program sukan dan permotoran.

β€œGolongan ini banyak fokus kepada permainan, insya Allah,” ujar beliau.

Mazli turut menekankan kepentingan media sosial sebagai medan utama dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat, khususnya di peringkat akar umbi.

β€œBuat masa sekarang, media sosial adalah medan utama untuk menyampaikan maklumat.

β€œDengan konten yang pendek dan padat, ia lebih cepat dan berkesan sampai ke akar umbi,” kata beliau.

Nik Mazli menambah, dengan kombinasi strategi digital dan pendekatan anak muda, PAS Besut dijangka dapat memperkukuh lagi hubungan dengan masyarakat dan memperluas kefahaman terhadap perjuangan parti secara lebih menyeluruh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️