🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Ulama Diseru Perkukuh Tarbiah, Kuasai Media Sosial

KUALA TERENGGANU – Golongan ulama diseru agar tampil memperkukuhkan pengisian tarbiah dan menguasai medan media sosial sebagai strategi utama memperkasakan perjuangan Islam dalam era digital yang serba pantas hari ini.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Dato’ Dr. Alias Razak, kekuatan PAS selama ini terletak pada usaha dakwah dan tarbiah yang konsisten.

Namun katanya, medan penyampaian perlu berkembang seiring perubahan zaman, terutama dalam mendekati golongan muda.

“Kita mahu anak-anak muda bersama kita supaya mereka tidak melihat politik ini dengan sepi dan dianggap tidak penting. Kalau tidak, politik akan dipegang oleh orang lain yang tidak baik.

“Ulama perlu kemukakan hujah lebih baik, terutama melalui medsos, membimbing anak muda dengan pengisian agama. Musuh bersungguh melalui medsos,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Muktamar Dewan Ulama PAS Terengganu ke 60 di Madrasah Darul Iman Bukit, Titian baru, pada Sabtu.

Beliau menegaskan, ulama mesti berani memimpin medan ini, bukan hanya dengan menyampaikan ilmu, tetapi juga membina naratif Islam yang kukuh, meyakinkan dan bersifat mendidik.

“Musuh juga sedar tentang kelebihan kita ini dan mereka labelkan kita dengan ‘penunggang agama’ kerana mereka takut dengan kekuatan kita, dan supaya rakyat tidak bersama dengan kita,” ujar beliau.

Namun katanya, ia tidak menjejaskan kredibiliti dan para asatizah juga terus istiqamah bersama dengan PAS.

Tambah beliau, tema ‘Teguh Memimpin’ yang menjadi hala tuju Roadmap PRU16 PAS Terengganu turut memberi penekanan kepada pengukuhan tarbiah sebagai teras utama gerak kerja parti.

“Roadmap ini ada 5 objektif, antara objektif ini ialah perkasa tarbiah. Anak muda yang menyokong PAS dalam PRU15 lalu mungkin terpengaruh dengan gelombang semasa,”

“Oleh itu, tarbiah penting agar kefahaman ini menyebabkan mereka terus bersama kita,” tegasnya.

Menurut Dr Alias, Terengganu kini menjadi model pemerintahan yang boleh dijadikan contoh kepada negeri lain termasuk Pahang, negeri Timbalan Presiden PAS.

“Dahulu kita jadikan Kelantan sebagai benchmark untuk perintah Terengganu. Kini kita harap Terengganu dapat jadi motivasi kepada negeri Timbalan Presiden PAS iaitu Pahang pula,” ujar beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️