🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Pemuda Sokong Pinjaman Motosikal dan Modal Niaga Tanpa Riba

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menyambut baik inisiatif kerajaan negeri menyediakan pinjaman motosikal dan modal niaga tanpa faedah kepada golongan belia.

Ketuanya, Ustaz Mohd Hamdi Harun berkata, langkah tersebut merupakan usaha berani dan progresif yang mengutamakan kebajikan serta masa depan anak muda tanpa membebankan mereka dengan riba.

“Inisiatif ini membuktikan bahawa kerajaan negeri benar-benar komited melaksanakan dasar Islam yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, khususnya anak muda yang ingin berdikari.

“Ia bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah mendidik masyarakat agar menjauhi sistem konvensional berunsur riba,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, akses kepada motosikal dan modal niaga akan memudahkan pergerakan serta membuka peluang lebih luas untuk anak muda menceburi bidang keusahawanan dan mencari rezeki yang halal.

“Kita melihat ini sebagai satu pemangkin kepada kebangkitan usahawan muda di Terengganu, dan ia sangat bertepatan dengan semangat ‘Maju, Berkat dan Sejahtera’ yang menjadi teras pentadbiran negeri.

“Kita berharap lebih banyak program sebegini diperluaskan dan dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menyeru para belia agar memanfaatkan peluang yang diberi dengan sebaiknya serta menunjukkan disiplin dan komitmen dalam menjayakan pinjaman yang diterima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️