🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Perkaderan Khusus Wanita 40 Tahun ke Atas

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu mencadangkan agar satu taskforce khas ditubuhkan bagi menyusun dan memperkasakan program pengkaderan khusus untuk wanita berusia 40 tahun ke atas yang sering terpinggir dalam sistem tarbiyah sedia ada.

Usul penting itu dibawa oleh perwakilan Muslimat Kuala Terengganu, Zaiton Abas, yang membangkitkan keperluan mendesak untuk membuka ruang penglibatan kepada golongan wanita matang seperti ibu tunggal, pesara awal dan wanita berpindah yang kini menetap di kawasan baharu.

Menurut beliau, gerak kerja tarbiyah dalam PAS sebelum ini banyak memberi tumpuan kepada generasi muda melalui program seperti TASTI, PASTI, SRITI, TAMPAS dan ProtaPAS.

Namun, katanya, kumpulan wanita berusia 40 tahun ke atas belum mendapat perhatian yang sewajarnya dalam usaha kaderisasi jemaah.

“Mereka ini sebenarnya sedang mencari platform untuk berorganisasi, tetapi tiada gerak kerja khusus yang menyantuni keperluan dan latar belakang hidup mereka,” katanya dalam sesi pembentangan usul pada Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu kali ke-52 di Markaz Tarbiyyah Kuala Ibai, Jumaat yang lalu.

Zaiton turut merujuk kepada data Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan hampir 3 juta daripada 4.8 juta wanita yang berhenti kerja memilih menjadi suri rumah, dan majoritinya berada dalam lingkungan umur antara 25 hingga 64 tahun.

“Daripada jumlah itu, jarak usia 40 hingga 64 tahun sahaja merangkumi tempoh 24 tahun yang signifikan untuk pembangunan kader jemaah,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar usul tersebut diterima dan dijadikan sebagai pelan tindakan tersusun melalui pembinaan Blueprint dan SOP khas di bawah Lajnah Perkaderan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu.

“Kita perlu mengambil serius potensi besar wanita dewasa ini untuk dilatih menjadi amilin yang boleh memimpin dan membimbing generasi muda,” tegasnya.

Usul ini disambut baik oleh perwakilan dan pimpinan Muslimat yang melihat keperluan pengkaderan bersifat inklusif bagi menjamin kesinambungan perjuangan Islam merentas generasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️