๐Ÿ”ด TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL โ€œINI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTONโ€ PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG โ€˜Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajayaโ€™ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL โ€œINI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTONโ€ PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG โ€˜Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajayaโ€™ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
KelantanNegeri

Menghayati Makna Hari Arafah

Hari Arafah merupakan salah satu hari yang mulia dan berharga bagi umat Islam. Ia merupakan puncak ibadah haji di mana jutaan hamba Allah berhimpun di Padang Arafah untuk berwuquf di sana. Berwuquf di Padang Arafah merupakan Rukun Haji yang utama kerana ianya membezakan antara Haji dan Umrah. Hari Arafah juga adalah hari Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakannya daripada api neraka.

Bilakah hari Arafah?

Syeikh Dr. Wahbah az-Zuhaili rahimahullah dan kebanyakan ulama yang lain menyatakan hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah. Bermaksud, sepanjang hari 9 Zulhijjah ini keseluruhannya adalah doa mustajab.

Adapun bagi orang-orang yang mengerjakan haji di Mekah, mereka perlu melaksanakan satu rukun haji yang dipanggil wukuf di Padang Arafah.

Sabda Nabi s.a.w:

Maksudnya: โ€œHaji itu (berwukuf) di padang Arafah.โ€

Waktu wukuf bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Maka oleh itu, bagi orang yang mengerjakan haji mereka digalakkan berdoa ketika sepanjang waktu wukuf oleh kerana ketika itu merupakan gabungan yang sangat cantik iaitu berada pada 9 Zulhijjah dan dalam keadaan berwukuf di padang Arafah. Maka insyaAllah mustajab doa berganda-ganda.

Oleh kerana itu, jelas di sini sepanjang hari Arafah merupakan hari doa mustajab. Cuma bagi orang yang mengerjakan haji ada keistimewaan tersendiri dalam mencari doa mustajab yang lebih mustajab.

Islam tidak akan sesekali menyempitkan ruang ibadah kepada umatNya. Berdoalah pada mana-mana waktu sepanjang kita berpuasa di hari Arafah kerana ianya mustajab.

Bagi umat Islam yang tidak berhaji, Hari Arafah juga adalah peluang emas untuk meraih rahmat dan keampunan Allah melalui puasa, doa dan ibadah yang ikhlas. Hari yang penuh keberkatan ini menjadi titian penghubung antara hamba dan penciptaNya. Ia merupakan sebuah ruang masa untuk menadah tangan memohon ampun, memperbaharui keimanan dan menyucikan jiwa.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

ุตููŠูŽุงู…ู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ุฅูู†ูู‘ูŠ ุฃูŽุญู’ุชูŽุณูุจู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠููƒูŽููู‘ุฑูŽ ุงู„ุณูŽู‘ู†ูŽุฉูŽ ุงู„ูŽู‘ุชููŠ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ุณูŽู‘ู†ูŽุฉูŽ ุงู„ูŽู‘ุชููŠ ุจูŽุนู’ุฏูŽู‡ู

โ€œPuasa hari โ€˜Arafah, aku berharap kepada Allah supaya Dia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga setahun sesudahnya.โ€(Sunan Al-Tirmizi, No. 680, Hadis Hasan)

Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽูŠูŽู‘ุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ุงู„ุตูŽู‘ุงู„ูุญู ูููŠู‡ูŽุง ุฃูŽุญูŽุจูู‘ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ู’ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ุฃูŽูŠูŽู‘ุงู…ู ูŠูŽุนู’ู†ููŠ ุฃูŽูŠูŽู‘ุงู…ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑูุŒ ู‚ูŽุงู„ููˆุง: ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏู ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‡ูุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏู ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‡ูุŒ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ุจูู†ูŽูู’ุณูู‡ู ูˆูŽู…ูŽุงู„ูู‡ูุŒ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฑู’ุฌูุนู’ ู…ูู†ู’ ุฐูŽู„ููƒูŽ ุจูุดูŽูŠู’ุกู

Maksudnya: โ€œTiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, โ€œWahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?โ€ Baginda bersabda, โ€œWalaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.โ€[HR al-Bukhari]

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ุฏูู‘ุนูŽุงุกู ุฏูุนูŽุงุกู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ

Maksudnya:โ€œSebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah..โ€

Jika diteliti hadis Nabi s.a.w ini, Nabi s.a.w tidak menyatakan sebaik-baik doa itu ketika waktu wukuf, tetapi dinyatakan sebaik-baik doa pada HARI Arafah.

Bagi umat Islam yang tidak berada di Tanah Suci, puasa dan doa pada Hari Arafah menjadi jambatan untuk turut sama meraih keampunan yang luas itu. Maka, Hari Arafah bukan milik jemaah haji sahaja, ia milik seluruh umat Muhammad SAW yang mendambakan kasih Tuhan.

Kemudian hadirnya Hari Raya Aidiladha yang disambut bukan hanya dengan takbir dan solat tetapi juga dengan ibadah korban iaitu lambang ketaatan, pengorbanan dan penyerahan. Ia mengingatkan kita pada kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS yang telah membuktikan bahawa cinta kepada Allah mengatasi segalanya. Inilah hari raya yang bukan sekadar perayaan tapi satu tazkirah hidup tentang apa ertinya menjadi seorang hamba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

๐Ÿ“ฑ ๐Ÿ“˜ ๐Ÿฆ โœˆ๏ธ