🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Berita

?????? ??? ????? ????? ????????? ???????? ????

Pemuda PAS Terengganu membuat laporan polis ke atas Ketua Pemuda Umno Malaysia, yang didakwa melakukan provokasi melampau terhadap penyokong PAS hari ini.

Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Irsyad Syafiq Burhanuddin berkata, provokasi itu menimbulkan rasa tidak selesa penyokong PAS dan orang awam sehingga hampir mencetuskan pergaduhan.

“Ia bermula apabila Ketua Pemuda Umno Malaysia itu secara sengaja memberhentikan kenderaan yang dinaikinya secara tiba-tiba di tengah jalan ketika lampu hijau di Jalan Sulaimani menghala ke Kuantan.

“Sejurus selepas itu beliau dan pemandunya keluar daripada kereta tanpa rasa bersalah walaupun mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan membahayakan pengguna jalan raya.

“Ketika itu juga beliau melakukan provokasi terhadap peserta flashmob PAS yang menasihati beliau supaya mengalihkan kenderaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di IPD Kemaman, malam ini.

Mengulas lanjut, Irsyad Syafiq berkata, Ketua Pemuda Umno itu mula bertindak ganas apabila cuba meluru ke arah peserta flashmob PAS yang menegurnya supaya mengalih kenderaan.

“Namun, mujur ada pihak polis yang menghalangnya, malangnya pihak mereka berterusan melakukan provokasi dan cuba menyerang penyokong PAS.

“Atas sebab itu kami membuat laporan polis ini agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya, segala bukti telah kami serahkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Petang tadi, berlaku kekecohan antara penyokong PAS dan Umno-BN di acara flashmob kedua-dua parti.

Pada awalnya flashmob berlangsung dengan baik, tetapi bertukar menjadi kecoh sejurus ketibaan Ketua Pemuda Umno.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️