🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Berita

?????? ?????? ?????? ????? ?????? ??????? ?????

Tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang cuba merungkai undang-undang syariah merupakan langkah ‘jahat’ dan cuba mencabar kesabaran umat Islam.

Selepas masuk campur dalam pelbagai isu berkaitan Islam seperti etika berpakaian menutup aurat, larangan berjudi dan minum arak bagi umat Islam serta mempertahankan orang murtad, golongan ini semakin berani.
Kini mereka mengacau pula undang-undang syariah. Malang akan menimpa umat Islam jika cubaan puak ini berjaya, impak pembatalan kesalahan jenayah syariah ini begitu besar dan dahsyat sehingga boleh meruntuhkan keseluruhan undang-undang jenayah syariah negeri-negeri.

Bahkan boleh menyebabkan enakmen kesalahan jenayah syariah negeri ‘hilang bisa’ dalam menjaga dan melindungi umat Islam dalam negara ini. Itulah harga yang perlu dibayar jika umat Islam masih tidak mempedulikan isu ini sehingga membiarkan puak yang tidak takut dengan azab Allah ini bebas berbuat apa-apa.

Kes Nik Elin Zurina yang kini berada di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar sebahagian besar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019, seharusnya membangkitkan kebimbangan umat Islam.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menggesa semua pihak bersatu hati dalam mendepani propanganda jahat musuh dengan bersama-sama menyertai Himpunan Selamatkan Syariah pada 9 Februari di Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.
DPPNT juga mahu Kerajaan Malaysia untuk lebih serius dan tegas bagi mempertahankan keutuhan syariat Islam di Malaysia. Hak umat Islam harus dilindungi dengan tegas tanpa kompromi oleh mana-mana pihak.

Kami juga menyeru agar Kerajaan Malaysia mencontohi Terengganu yang sedang giat untuk menegakkan syariat Islam meskipun ada pihak yang berusaha sebaliknya.

Pelbagai program pendidikan bagi mengasah kefahaman berkenaan hidup bersyariat seperti Simposium Pelaksanaan Syariah Terengganu dalam Itqan al-Muluk Bita’dil Assuluk, kempen Indahnya Hidup Bersyariah, penganjuran Bulan Penghayatan Ibadah Solat dan Terengganu Hijab Day merupakan langkah yang diambil Kerajaan Negeri.

Tindakan ini wajar ditiru kerana ini akan mendekatkan rakyat dengan syariat, bukan menjauhkan apatah lagi menghalang.

????? ???? ????? ??? ???
?????
????? ?????? ??? ?????? ?????????? ?????????
??? ????? ?????? ??? ????????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️