Wanita Tonggak Seradang Negeri
Islam telah mengangkat martabat serta darjat para wanita dan mengiktiraf peranannya selari dengandasar Membangun Bersama Islam. Sejarah telah merekodkan bahawaSayyidatina Khadijah,isteri Rasulullah S.A.W adalahantara individu yang penting dalam mendokong kerja dakwah Rasulullah S.A.W,malahan sanggup mengorbankan diri dan harta bagi memastikan Islam dapat disebarkan ke serata alam.Surah An-Nisa’,surah yang keempat dalam Al-Quran membawa mesej bahawaIslam mengangkat darjat seorang wanita.
Peranan wanita sebagai ibu, pendidik dan penggerak masyarakat amat pentingdalam membawa perubahankepadapembangunan masyarakatdantamadun bagi sesebuah negara.Sumbangan aktif kaum wanita terhadap pembangunan negeri dan negaraperlu disedaridandihargaioleh masyarakat.
Semenjak tahun 1990,Kerajaan Negeri Kelantantelah mengadakanpelbagai programdanpenganugerahan kepada wanita Kelantandengan penganjuran program sepertiHari Wanita Kelantan, Hari Ibu Mithali, Hari Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan, Hari Suri Mithali, Hari Polis, Hari Ibubapa, Sambutan Hari Jururawat, Sambutan Hari Guru dan pelbagai sambutanbagimenghargai jasa bakti mereka terhadap keluarga, masyarakat, negeri dan negara.
Bermula pada tahun 2015,nama Hari Wanita Kelantantelahditukarkan kepada nama Hari Sayyidatina Khadijah.Sebelum ini, Hari Sayyidatina Khadijah telah disambut setiap tahun di peringkat 45 Dewan Undangan Negeri (DUN), kawasan parlimen dan di peringkat negeri.
Program Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah atau ringkasnya HSK ini adalah satu inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan untuk menghargai sumbangan dan peranan yang telah dimainkan oleh wanita khususnya wanita Kelantansepanjang 34 tahun pentadbiranKerajaan Membangun Bersama Islamdibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,disambung pula di bawah pentadbiranYAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Ahmad Bin Yakobbermula pada tahun 2013 dengan tema“Merakyatkan Membangun Bersama Islam”sehingga tahun 2023. Kemudian, legasi ini diteruskan di bawah pentadbiranYAB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin bin Haji Dauddengan tema“Penghayatan Membangun Bersama Islam”bermula 2023 sehingga sekarang.
Buat julung kalinya sambutanHSK 2023ini menampilkan 3 buah pelancaran iaituDasar Wanita Solehah Negeri Kelantan, Manual HSK dan logo Genius Abqariah.Dasar Wanita Solehah Negeri Kelantan merupakan asas dan halatuju pembangunan wanita Negeri Kelantan dalam memenuhi aspirasi, agenda, mendepani cabaran dan tuntutan wanita semasa di peringkat tempatan dan antarabangsa. Sebanyak 21 Sektor Wanita yang merangkumi 14 Hak dan Tanggungjawab Wanita telah diperincikan dan bakal dilaksanakan melalui Pelan Tindakan Gagasan Wanita Kelantan (Solehah).Seterusnya, Manual HSK iaitu sebuah penyelidikan pengurusan organisasi cakna wanita Kelantan mengandungi 39 tatacara pengurusan acara yang dirangkumkan dalam 8 jilid. Pelancaran terakhir adalah Logo Genius Abqariah. Genius Abqariah merupakan sebuah inisiatif untuk mengumpulkan profail wanita Kelantan cemerlang dalam bidang masing-masing secara berpusat dan sistematik agar kemahiran dan tenaga yang ada dimanfaatkan sebaiknya untuk pembangunan negeri dan negara.
HSK terus diraikan setiap tahun dengan pelbagai pengisian bermakna. Pada tahun 2024, program HSK membawa kelainan apabila projek istimewa dilancarkan iaitu “Projek Emas Untuk Palestin”. Projek ini bertujuan untuk mengumpul dana dan menyumbang kepada pembangunan serta kebajikan saudara-saudara kita di Palestin. Langkah ini bukan sahaja mencerminkan semangat solidariti umat Islam, tetapi juga melambangkan keprihatinan wanita Kelantan terhadap isu kemanusiaan sejagat.
Kemuncak acarayang berlangsung pada setiap tahun ini akan diadakanpenganugerahan kepada tokoh-tokohdan ikon yang menjadi ikutan semasa.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tokoh-tokoh yang diraikan, sila rujuk pautan yang disediakan dalam Buku Program Rasmi HSK.
Buku Program:-
- HSK 2016
- HSK 2017
- HSK 2018
- HSK 2019
- HSK 2021
- HSK 2023
- HSK 2024