BeritaEkonomiKebajikanKomunitiNegeriNegeri SembilanSeremban

Arked Senawang lengang : ADUN Paroi Haji Kamarol Ridzuan cadang intervensi

SEREMBAN, 22 November 2024 — Berucap dalam perbahasan Belanjawan 2025, ADUN Paroi mempersoal sama ada Kerajaan Negeri pernah menjalankan kajian mengenal pasti punca Arked Senawang gagal menarik pengunjung dan peniaga, memandangkan aktiviti waktu malam yang pernah rancak di kawasan itu kini semakin lengang.

Beliau mencadangkan Kerajaan Negeri mengambil iktibar daripada Kenari Lane di Subang Jaya, Selangor — sebuah kawasan komersial yang pernah menghadapi masalah serupa sebelum Majlis Perbandaran Subang Jaya melaksanakan inisiatif menjenamakan semula kawasan tersebut sehingga berjaya menarik semula pengunjung dan peniaga.

Menurut maklumat yang diterima daripada penduduk, katanya, Arked Senawang berpotensi dimajukan lagi sebagai kawasan “uptown” sekiranya fasiliti sedia ada ditambah baik, dan bukan sekadar dibiarkan sepi tanpa sebarang intervensi jangka panjang.

Beliau turut menyeru penambahan fasiliti di kawasan berkenaan sebagai langkah merancakkan semula ekonomi tempatan bagi peniaga kecil di sekitar Senawang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️