🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

‘Nisa’ Fun & Fitness’ Promosi Sukan Patuh Syariah untuk Wanita

Oleh: Fatimah Din

Gambar: Media Nisa’ Marang

MARANG – Program Nisa’ Fun & Fitness merupakan langkah positif dalam menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan wanita tanpa mengabaikan prinsip-prinsip Islam.

Pengarah program, Nurmadihah Muhammad, menyatakan bahawa program ini bertujuan mempromosikan sukan yang mematuhi syariah khusus untuk wanita.

“Program ini diadakan bagi menyantuni golongan wanita melalui dakwah, dengan mencipta budaya biah solehah menerusi aktiviti senamrobik.

“Selain itu, ia bertujuan untuk mencetuskan kesedaran mengenai kepatuhan syariah dalam bersukan, terutamanya dari segi adab berpakaian.

“Program ini juga merangkumi pengisian rohani yang bersesuaian dengan permasalahan yang sering dihadapi oleh wanita masa kini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas programberlangsung di Dewan Sibuk atas Tol, semalam.

Menurutnya lagi, Nisa’, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), telah menganjurkan program ini untuk mendidik wanita di Marang mengenai pentingnya kepatuhan syariah dalam bersukan.

“Oleh itu, kami berharap program sebegini dapat memupuk budaya wanita yang sihat dari segi jasmani melalui aktiviti sukan yang patuh syariah,” tambahnya.

“Di samping itu, kami juga menggalakkan wanita mengisi rohani mereka dengan pengisian yang bermanfaat, demi melahirkan wanita yang bahagia dan seimbang,” katanya lagi.

Seramai 40 orang wanita, serta 50 kanak-kanak berusia antara dua hingga dua belas tahun, telah menyertai program ini yang dilihat sebagai satu usaha berterusan untuk membangunkan wanita yang sihat dan beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️