πŸ”΄ TERKINI
Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN
Terengganu

18 RAMD selamatkan 59 mangsa banjir terkandas di Kg Tok Kah

DUNGUN – Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD)(PARA) telah diatur gerakkan untuk membantu dan menyelamatkan 59 mangsa banjir yang terkandas di sekitar Kampung Tok Kah, Dungun semalam.

Ketua Kompeni 18 RAMD (Para) Operasi MURNI Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Dungun, Mejar Mohd Amir Mohd Alid berkata seorang pegawai dan 25 anggota lain-lain pangkat sebagai β€˜first responder’ telah digerakkan bagi melaksanakan tugas bantuan menyelamat dan memindahkan mangsa banjir seawal jam 3 pagi itu.

β€œPihak kami telah menerima maklumat daripada penduduk kampung berkaitan kawasan mereka yang telah dinaiki air dan mereka tidak keluar ke ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

β€œSeterusnya kami mengaturgerakkan semua aset perairan bagi menyelamatkan 59 orang mangsa banjir itu untuk dibawa ke PPS di Sekolah Kebangsaan Tok Kah pada jam 4 pagi,” katanya kepada pemberita.

Beliau juga berkata pihaknya sentiasa bersedia 24 jam untuk membantu mangsa banjir yang terperangkap di lokasi mengikut aduan yang diterima daripada orang awam tanpa mengira masa.

Dalam pada itu, mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 2,622 orang sehingga jam 8 malam ini, membabitkan enam daerah.

Daerah Dungun mencatatkan jumlah mangsa teramai dengan 1,615 orang daripada 399 keluarga yang ditempatkan di 14 PPS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️