PAS Atur Persiapan Rapi Untuk Menang PRU15
DUNGUN – PAS masuk Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) adalah untuk menang dan sudah tentu parti itu mengatur strategi yang rapi dalam misi mencapai hasrat tersebut.
Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata jentera yang bersiap sedia dengan serangan musuh.
“Kita sanggup menempuhi bermacam-macam kesukaran kerana ini kerja jihad,
“Jihad kita bukan berperang dengan senjata, kita bukan bertembung dengan keras tapi kita ambil kuasa dengan ‘muwajahah silmiyah’ mengguna pakai sistem demokrasi masuk dalam pilihanraya,” tegasnya.
Beliau menegaskan demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN Rantau Abang yang diadakan di Dewan Darul Ansor di sini pada 6 Julai.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Dipertua PAS(YDP) Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Timbalannya, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani, Ketua Penerangannya., Naraza Muda dan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun.
Sementara itu, Cikgu Alias Harun berkata dengan gendang pilihan raya sudah dipalu, bermakna sudah tiba masa untuk bekerja dan ratib Umno – BN , ‘ kerajaan sepenggal’ mestilah dipadamkan.
“Dengan persiapan rapi dan munajat setiap hari, insya-Allah ini dapat direalisasikan,” katanya ketika dihubungi di rumahnya sebentar tadi.