🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Sedia Teruskan Khidmat Untuk Rakyat Kemaman

Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN – Penyandang Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid bertekad untuk meneruskan tugasnya sebagai Ahli Parlimen jika dipilih pada 19 November nanti.

“Saya bersedia untuk meneruskan khidmat sebagai ahli parlimen jika diberi mandat sekali lagi oleh pengundi di Kemaman.

“Dengan pengalaman yang ada pada penggal yang lepas, insyAllah saya akan lakukan tanggungjawab kepada rakyat dengan mengikut perintah Allah.

“Selain tugas menjaga kesejahteraan rakyat, kita kena ingat bahawa apa yang kita dilakukan, ianya juga perlu mendapat keredhaan dari Allah SWT,” katanya.

Calon berkelulusan diploma dalam bidang Pengurusan Kewangan Islam (Pass With Distinction) di Universiti Malaya itu berucap pada Ceramah Perkenalkan Calon pada 7 November di Rumah Mampu Milik Telok Kalong, Kijal.

Che Alias berkata inilah masa untuk memilih parti yang sesuai bagi memerintah Malaysia.

“Inilah peluang bagi kita untuk memilih sebuah kerajaan yang bersih, prihatin kepada rakyat dan bertanggungjawab terhadap harta rakyat.

“Bukan kerajaan yang tidak berintegriti dan hanya mengambil peluang apabila diberi kuasa, mereka melakukan merosakkan kepada negara,” ujar beliau.

“Kalau kita memilih parti atau sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan, nescaya kita akan mendengar pelbagai masalah rasuah, pecah amanah dan sebagainya akan berlaku,

“Sepanjang PAS memerintah Kelantan, Kedah dan Terengganu, alhamdulillah tiada wakil rakyat kita yang terlibat dengan rasuah,” ucapnya.

Justeru itu, beliau menyeru agar pengundi terus memberi mandat kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang mewakili Perikatan Nasional (PN) untuk memimpin dan memerintah negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️