πŸ”΄ TERKINI
Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN
Kelantan

10 pelajar lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK terima tajaan BSIP

KOTA BHARU, 4 Oktober: Sepuluh pelajar cemerlang yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.0 dan ke atas menerima tajaan Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sesi 2022/2023, semalam.

Majlis penyampaian biasiswa tersebut diadakan di Dewan Tok Kenali, MAIK dan disampaikan oleh Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Program yang pada awalnya menggunakan wang peruntukan tabung di bawah Tabung Yayasan Pengajian Tinggi Sultan Ismail Petra (TYPTSIP) telah dijenamakan semula pada tahun 2021 dengan nama Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) MAIK.

Sementara itu, BSIP tajaan biasiswa peringkat Ijazah Pertama kepada para lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK khususnya kepada pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf Fisabilillah. Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua MAIK Zulkifle Ab Rahman, Pegawai Kanan MAIK serta para Pensyarah Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️