πŸ”΄ TERKINI
Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN
Kelantan

10 langkah pertingkat hasil perlombongan di Kelantan

KOTA BHARU, 30 Mac: Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menjelaskan Kerajaan Kelantan mempersiapkan sepuluh langkah bagi mempertingkatkan hasil di bidang perlombongan dalam negeri.

Beliau berkata langkah pertama ialah menetapkan syarat kepada mana-mana permohonan tenemen mineral hendaklah mengadakan usahasama dengan mana-mana syarikat/anak syarikat milik Kerajaan Negeri (GLC) dan 30 peratus hasil emas mentah seluruh Negeri Kelantan kepada Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT).

β€œKutipan royalti emas dalam bentuk jongkong emas tulen (2 peratus daripada 10 peratus kadar royalti) di Negeri Kelantan melalui pengeluaran Pekeliling PTG Bil.5/2017. Kerajaan Negeri juga mewujudkan makmal geokimia Negeri Kelantan untuk mengesan mineral yang berharga dan menetapkan kadar peratus kepada pengeluar dengan kadar tertentu yang ditetapkan oleh PTG,” hurainya ketika menjawab soalan kemukaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran YB Mohd Adanan Hassan dan ADUN Wakaf Bharu, YB Mohd Rusli Abdullah dalam Sidang DUN Penggal Ke-5/14, 2022, semalam.

Selanjutnya, beliau menyatakan penetapan harga syiling bagi penentuan royalti emas dengan kadar royalti 10 peratus tertakluk kepada harga semasa. Termasuklah mineral seperti bijih besi (7 peratus), manganese (12 peratus), feldsfar (12 peratus), bijih timah (12 peratus), lain-lain mineral (12 peratus). Menurutnya, langkah keenam dan ketujuh pula ialah kawalan keluar masuk lori yang membawa bahan mineral dari lombong dan semakan berkala dari pihak berkuasa terhadap hasil yang dikeluarkan.

Manakala langkah kesembilan dan kesepuluh ialah melaksanakan audit dokumen pemindahan pengeluaran mineral dan pembatalan lesen kepada syarikat yang gagal melombong setelah tiga kali peringatan dibuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️