Bantuan Maβruf OKU ceriakan Ramadan

PASIR MAS, 28 Mac: Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) sentiasa diberi perhatian khusus oleh Kerajaan Negeri Kelantan sehingga diwujudkan Dasar OKU Muqarrabun.
Bersempena Ramadan bakal menjelang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, YB Datoβ Panglima Perang Datoβ Mohd Nassuruddin Daud menyampaikan sumbangan Maβruf OKU kepada 32 penerima bagi Dewan Undangan Negara (DUN) Meranti.
Datoβ Mohd Nassuruddin yang juga Exco Kerajaan Negeri berharap sumbangan tersebut dapat menceriakan suasana sambutan Ramadan bagi sahabat OKU.
Beliau turut menyampaikan tazkirah untuk memugar semangat para sahabat OKU supaya terus cekal dan tabah menghadapi segala dugaan hidup.
βUjian Allah hendaklah dihadapi dengan penuh kesabaran kerana Allah sentiasa menolong orang yang bergantung kepada-Nya,β pesannya ketika sesi tazkirah sebelum majlis penyampaian sumbangan di Masjid Ar-Ridhuan Kampung Meranti, semalam.
