Munaqasyah Dupnps Berlangsung Secara Atas Talian
Oleh AMIRUL SYAKIRIN
KANGAR, 28 Feb: Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis (DUPNPs) menganjurkan Munaqasyah Ucaptama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat 2021 Peringkat Negeri Perlis yang diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.
Seramai 50 orang peserta telah menyertai munaqasyah yang berlangsung selama dua jam pada Sabtu lalu.
Intipati perbincangan bertemakan ‘Ulama Memimpin Muafakat Ummah’ telah menekankan beberapa perkara penting, antaranya dasar perjuangan PAS, ulama sebagai pendamai dan tanggungjawab ahli untuk mematuhi arahan pimpinan.
Turut menjadi tumpuan, perbincangan berkaitan persiapan gerak kerja DUPNPs menuju PRU15.