10 Asnaf DUN Kuala Nerang terima sumbangan
Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
PADANG SANAI, 11 Jan β Seramai 10 orang asnaf menerima sumbangan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang dekat Kampung Ulu Batang Tunggang, Padang Sanai, Ahad lalu.
Yang Dipertua PAS Padang Terap Ustaz Mohd Azam telah turun bersama mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang YB Hj Munir@Mohamad Yusoff Zakaria menziarahi dan ke rumah penerima-penerima sumbangan tersebut.
Beliau dan Ydp menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada asnaf antaranya warga emas yang uzur@ sakit tua, lumpuh, OKU dan juga pesakit kronik.
Keprihatinan YB dalam menjaga kebajikan penduduknya sekitar DUN Kuala Nerang sentiasa di utamakan seiring dengan slogan kerajaan,βKedah Sejahtera Nikmat Untuk Semuaβ.
Turut sama terlibat ialah JPKK kampung Ulu, JPKK kubang palas dan Jawatankuasa PKWR serta Helwa DUN Kuala Nerang.