100 keluarga terjejas banjir disantuni Exco Kebajikan
TUMPAT, 21 Dis: Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, YB Datoβ Hajah Mumtaz Md Nawi turun padang menziarahi dan menyantuni mangsa banjir yang tinggal sekitar Pulau Gorek dan persisiran sungai Kelantan.
βSemoga urusan mereka dipermudahkan oleh Allah SWT dan kita doakan semua rakyat di Kelantan dan seluruh negara dilindungi Allah SWT daripada musibah banjir yang lebih terukβ, ujarnya selepas mengagihkan bantuan wang tunai dan makanan asas kepada 100 keluarga yang terjejas banjir.
Sumbangan kepada ibu tunggal dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) itu turut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kelaboran, YB Cikgu Adanan Hassan bersama isteri, diriingi Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MeSRA) dan NGO Kelaboran Care serta penghulu.