10 tahun selekoh sempit, tok Imam mangsa terjun longkang
Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR
KUPANG, 9 Nov β Tok Imam antara mangsa terjun longkang akibat selekoh sempit di jalan Masjid Pekan Malau.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Malau, Amran Ayob berkata, kemalangan di situ kerap berlaku terutama kepada penunggang motosikal dari arah bertentangan.
βDah banyak kemalangan di sini sama ada bertembung sama sendiri, langgar tembok masjid atau terjun longkang sebab nak elak antara satu sama lain.
βSalah seorang mangsa adalah tok Imam yang jatuh longkang sebab nak elak motosikal lain di selekoh tu,β katanya kepada media PAS Baling hari ini.
Beliau berkata, selekoh berkenaan perlu dilebar segera bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
βMasalah ni dah 10 tahun lamanya, menjadi harapan penduduk kampung supaya kerajaan baru pula dapat menyelesaikan isu ini termasuk melihat semula infra jalan yang agak teruk sejak dulu.
βKita pun dah maklum kepada pihak berwajib. Harap ada tindakan segera,β katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Kupang, Brigadier Jeneral (B) Datoβ Najmi Ahmad berkata , isu ini akan dibawa ke peringkat Pejabat Daerah Baling bagi diselesaikan secepat mungkin.
βPusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) bersama JPKK Malau telah melakukan tinjauan di kawasan itu dan mendapati selekoh berkenaan amat berbahaya,β katanya.