πŸ”΄ TERKINI
Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN
Selangor

15 keluarga gembira terima bantuan YB Kak Nuri

WANGSA MAJU, 14 Jun – PAS Kawasan Wangsa Maju menyampaikan sumbangan #DAPURRAKYAT kepada 15 buah keluarga yang terjejas dengan pandemik COVID-19 di PASTI As-Siddiqin,Taman Setapak Indah semalam.

Menurut AJK PAS Wangsa Maju, Muhammad Hakim, YB Kak Nuri dan PAS Wangsa Maju komited membantu masyarakat yang memerlukan seperti asnaf, ibu tunggal, anak yatim, dan lain-lain.

β€œBantuan ini kita usahakan atas kesedaran bahawa ramai di antara kita berdepan kesukaran akibat penularan wabak COVID-19.

β€œAda dalam kalangan mereka terpaksa diberhentikan kerja berikutan penutupan syarikat selain ada yang dipotong gaji.

β€œJusteru, pemberian sumbangan bakul makanan ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial dalam membantu golongan yang memerlukan sepanjang pandemik COVID-19,” jelasnya.

Sementara itu, Fauziah Hamid, 50 menyifatkan sumbangan yang diterima sebagai suatu keprihatinan yang amat dihargai oleh beliau dan keluarga yang terjejas dengan COVID-19.

β€œPenularan pandemik COVID-19 turut memberi kesan buruk terhadap saya dan suami. In shaa Allah kami rusaha sebaik mungkin untuk menyusun semula model perniagaan agar sesuai dengan cabaran semasa,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️