🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Hari Ini Dalam SejarahSarawak

Hari ini dalam sejarah | Majlis Negeri Sarawak ditubuhkan

24 MEI 1867 (JUMAAT)

PADA hari ini dalam tahun 1867, Majlis Negeri yang sekarang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri Sarawak telah ditubuhkan oleh James Brooke. Ia merupakan Dewan Undangan Negeri yang tertua di Malaysia.

Sebelum itu, pada tahun 1865 ‘General Council’ yang juga dikenali sebagai ‘Supreme Council’ telah ditubuhkan.

Pada asal penubuhan Majlis Negeri Sarawak ini bertujuan untuk membawa semua kaum Bumiputera dalam satu perjumpaan yang terbesar. Di samping bagi mendengar ucapan dasar untuk menyuarakan pandangan serta bertukar-tukar fikiran.

Persidangan Majlis Negeri yang pertama telah diadakan pada 8 September 1867, bertempat di sebuah perkampungan nelayan kecil di Bintulu, Sarawak.

James Brooke (Kredit foto : Google)

Di awal tahun 1930-an seorang wakil masyarakat Cina telah dijemput hadir sebagai pemerhati.

Sejak ditubuhkan sehinggalah tahun 1941, Majlis Negeri tidak mempunyai sebarang peraturan tetap sehinggalah pada bulan September 1941, Raja Vyner Brooke telah menggubal satu perlembagaan baharu bagi Majlis Negeri.

Perlembagaan baharu ini telah mengurangkan suara Bumiputera kerana 14 dari 25 orang ahlinya mestilah terdiri daripada pegawai kerajaan bangsa Eropah, manakala sebelas lagi ahlinya terdiri daripada wakil-wakil kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Sesungguhnya, Dewan ini telah menempuh tiga zaman yang penting iaitu zaman Raja Putih Keluarga Brooke, diikuti dengan zaman koloni atau zaman penjajahan British dan ketiga zaman kemerdekaannya menerusi Malaysia.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

.         SAMBAL IBU SARI        .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️