🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Bertindak Segera Hulur Bantuan

DUNGUN – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi bertindak segera menghulurkan bantuan apabila menerima maklumat, ada dalam kalangan penduduk yang tidak pernah mendapat sebarang bantuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) berkenaan, Haji Ghazali Sulaiman berkata aduan melalui media sosial itu melibatkan seorang warga emas.

“Dimana turut menghidapi penyakit kegagalan fungsi buah pinggang.

“Ketika diziarahi kita dapati masih boleh berjalan di sekitar rumahnya dan masih bergantung kepada ubat-ubatan hospital.

“Tidaklah teruk sebagaimana yang dimaklumkan kepada saya melalui halaman rasmi ‘facebook’ saya.

“walau bagaimanapun kita selalu menyegerakan sebarang bentuk bantuan kepada penduduk yang memerlukan tanpa ada sikap pilih bulu dan warna parti,”katanya.

Beliau berkata demikian, Ketika ditemui pihak media, selepas menyantuni penduduk di DUN ini bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sini, semalam.

Katanya, turut disantuni adalah 20 keluarga yang menjalani kuarantin di Al Muktafi Billah Shah (AMBS).

“kita telah menggunakan khidmat penghantaran. Semoga kesemua mereka berada dalam keadaan sihat, dan mendoakan hasil keputusan diperoleh adalah negatif,” ujarnya.

Melihat kepada angka baharu menunjukkan angka positif di Terengganu kian meningkat, beliau memberikan nasihat agar rakyat tidak leka dan mengambil ringan kes yang berlaku.

“Jangan pandang mudah mengenai Prosedur Operasi Standart(SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha memutuskan rantai kes pandemik ini.

“Kita masih belum menang lagi, perjuangan terhadap menghentikan penularan wabak ini mesti diteruskan.

“semoga suatu hari nanti kita akan Kembali kepada keadaan asal,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️