PAS Wilayah | Banjir Kilat di Kg Chubadak, Sentul.
21 November, Selasa – Hujan lebat di sekitar Sentul petang semalam telah menyebabkan banjir kilat di Kampung Chubadak. Kampung yang kini terkepung dengan beberapa projek pembinaan sekitarnya dikatakan sudah terganggu saliran airnya. Oleh yang demikian hujan lebat petang semalam menyebabkan air terperangkap dan tidak dapat mengalir seterusnya mengakibatkan banjir kilat.
Banjir yang mengakibatkan kemusnahan harta benda kepada 20 buah keluarga, surau, Kafa dan dewan orang ramai didapati tidak turun walaupun hujan telah berhenti lama. Atas inisiatif penduduk kampung, saliran air yang tertutup oleh projek pembinaan dipecahkan dan saliran air kembali normal.
Pihak PAS Batu melalui Saudara Hishamuddin Ghazali Setiausaha, Saudara Nurul Islam Mohamed Yusoff Ketua Penerangan, Saudara Ahmad Bahar Bendahari, Saudara Shukiri Ketua Cawangan dan Pn Zurina Din Penolong Setiausaha telah turun dan mengenalpasti keperluan asas mangsa banjir serta merancang pengagihan sumbangan dan bantuan. Insyallah PAS Batu akan turun semula dengan bekalan makanan bagi mangsa banjir dan Ops cuci akan dimulakan oleh Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu sejurus selepas air surut.
Penghidap penyakit kronik dapat perhatian YB Senator
Artikel PAS Wilayah
PAS Wangsa Maju bantu ibu tunggal
Artikel PAS Wilayah
Pelepasan konvoi misi bantuan sekolah tahfiz Raub
tdBlocksArray.push(Terkini
Pertolongan Allah Datang Berdasarkan Niat
26/02/2021
Beristiqamah: Menolak Golongan Pelampau, Oportunis Dan Pengundang Campur Tangan Asing
26/02/2021
Rohingya: A Pawn in The Grand Political Scheme
26/02/2021
Tadabbur Surah As-Saff: Siri 9
26/02/2021Copyright © 2020 PAS Pusat. All Rights Reserved. Dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat dan diselenggara oleh Team CPP PAS Malaysia. Pejabat Agung PAS Pusat, No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel 03-26925000. Fax 03-26938399. www.pas.org.my .white-popup-block:before { background-image: url(‘https: in_page' // if (