🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Covid-19: Masyarakat Alpa, PKP Berulang

Oleh : Wajihah Rosli

KUALA TERENGGANU – Akibat kian alpa dengan kehadiran pandemik Covid-19 telah menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berulang menginjak ke gelombang ketiga.

Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Suhazeli Abdullah berkata yang mana setakat 20 Januari 2021 jumlah kes positif mencatat hampir 169 ribu orang yang memaksa kerajaan melaksanakan PKP 2.0.

” Masyarakat leka kerana dimomokkan dengan berita-berita, isu-isu , perkataan-perkataan dan ucapan-ucapan yang boleh saya katakan tidak bertanggungjawab oleh beberapa golongan tertentu.

“Seperti ucapan yang menyatakan bahawa Covid-19 tidak bahaya , ia sama seperti selsema burung dan sebagainya. Sedangkan kalau kita lihat dari segi jumlahnya itu begitu meningkat mendadak sampaikan tempoh setahun yang kita lalui sekarang ini sudah mencecah pada 160 ribu, ” jelasnya yang amat kecewa dengan kenyataan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

Dr. Suhazeli menyatakan demikian dalam segmen ‘ Tanyalah Doktor ‘ ( siri 3 )’ yang mengupas isu tentang ‘ Covid-19 Mitos vs Fakta ‘ ketika bersiaran secara langsung di ‘ facebook’ Lubna TV pada Sabtu 23, Januari lalu.

Menjawab persoalan yang ditanya oleh moderator, Dr. Farhaana Husainy Hasbullah, apakah simptom-simptom pesakit bergejala, katanya sesiapa yang bergejala 60 peratus akan mempunyai kesan lanjutan seperti sakit urat , sesak nafas dan deria bau iaitu selama 60 hari.

“Selain itu , dikatakan juga suspek yang bergejala kemungkinan besar boleh dijangkiti semula jika tidak mengamalkan Prosedur Operasi Standard(SOP),” ujarnya dalam rancangan yang bersiaran selama setengah jam itu.

Justeru, kata beliau, masyarakat dinasihatkan untuk mengamalkan SOP dan penjarakkan sosial yang merupakan cara terbaik sebelum vaksin sebenar berjaya digunakan.

Beliau juga turut memuji kerajaan yang telah mengambil langkah proaktif bagi membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah(PKRC ll) , Institut Latihan(Kejururawatan) Kementerian Kesihatan Malaysia(ILKKM) Kuala Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️