🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Nasib Rakyat Terus Terbela

Oleh ; Rohayati Ripin

DUNGUN – Muslimat PAS Terengganu percaya tanggungjawab dan kecaknaan kerajaan untuk terus berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini.

Ketuanya, To’ Puan Hajah Zarani Othman berharap agar nasib rakyat terus terbela ketika pemerintahan ini berada di bawah kerajaan PAS Terengganu.

“Saya turut bersimpati dengan musibah banjir yang dihadapi penduduk di sekitar dalam DUN Bukit Besi boleh dikatakan berlaku saban tahun.

“Semoga dengan sumbangan yang diberi ini dapat mengurangkan sedikit bebanan yang dihadapi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lawatan bersama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali di DUN Bukit Besi, 2 Januari lalu.

Justeru itu, beliau mengingatkan agar bersiap sedia dan sentiasa berhati-hati dalam keadaan hujan yang berterusan di negeri ini.

“Semoga Allah limpahkan kekuatan dan kesabaran untuk berhadapan dengan apa jua cabaran,” katanya.

Selain itu, katanya generasi baharu hari ini mestilah menghormati dan menghargai jasa serta pengorbanan orang terdahulu yang banyak memberi sumbangan pada parti ini.

“Kita yang ada berada dalam ‘soff’ perjuangan ini adalah hasil daripada perjuangan orang-orang yang lebih lama dan berpengalaman daripada kita.

“Perkara paling utama ialah ukhuwwah ini dibina atas asas persefahaman dan hormat menghormati di antara satu sama lain.

“Ingat pesan Rasulullah SAW, Tidak akan dirahmati Allah, orang muda yang tidak menghormati orang tua dan orang tua yang tidak mengasihi orang muda,” jelasnya.

Beliau mengharapkan, segala pengalaman yang berharga ini dapat diambil dan memperolehi rahmat Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️