NegeriTerengganu

Misi Bantuan Banjir Sebagai Medan Dakwah

Oleh : Nur Atika Hussin

MARAN – Misi Bantuan Pasca Banjir Parti Islam Se-Malaysia(PAS) yang di hantar ke Pahang turut membantu mangsa-mangsa banjir yang beragama Hindu sebagai satu cara untuk berdakwah.

Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata PAS menerusi Sukarelawan Khidmat Pengurusan Kecemasan & Bencana(KHIDMAT) Malaysia, Besut yang ditugaskan di Maran telah ke Perkampungan Baru Jara yang penduduknya terdiri daripada masyarakat India beragama Hindu.

“Di sini juga ada sebuah kuil, kedua terbesar di Malaysia selepas kuil di Batu Caves yang turut ditenggalami ketika banjir besar melanda Pahang baru-baru ini.

” Mereka berada dalam situasi yang sulit dan kebuntuan akibat banjir besar yang melanda secara tiba-tiba dan menjejaskan kebanyakan rumah mereka termasuk kuil tersebut.

” Saya sempat melawat kawasan kuil serta mendengar beberapa perkara yang disebutkan bendahari kuil. Dalam situasi banjir ini boleh dikatakan keseluruhan kuil tenggelam termasuk bahagian bawah tempat solat mereka kecuali bangunan dua tingkat yang agak selamat, ” ceritanya.

Ustaz Wan Azhar yang turut menyertai misi yang bermula pada 10 Januari dan berakhir 11 Januari lalu berkata demikian di sini.

Seterusnya beliau yang turut sama membantu kerja-kerja pasca banjir di sana menambah berlaku satu kemusnahan pada struktur bangunan terutama yang melibatkan zink dan beberapa struktur yang lain.

“Situasi mereka kini agak terdesak dan kalau ada kayu yang boleh kita hulurkan kepada mereka barangkali ia boleh menjadi satu pendekatan dakwah untuk mereka melihat kebaikan yang ada dalam kelompok masyarakat Islam” katanya.

Sehubungan itu, Imam Masjid Jamek kampung tersebut yang juga sebagai wakil KHIDMAT Maran, Ustaz Razali turut menyokong tindakan membantu kaum india sebagai dakwah.

“Sejarah seorang sami dari kuil tersebut yang pernah menganut agama Islam asbab ujian musibah banjir dan hidayah dari Allah SWT,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️