NegeriTerengganu

Bacaan Yasin Untuk Aktivis Muslimat

Oleh Aina Hassan Basari

SETIU – Bacaan Yasin telah diadakan untuk memohon kesejahteraan dan rahmat buat aktivis muslimat, Kak Mah yang kini terlantar sakit di rumahnya.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) DUN Permaisuri, Ruhana Mustapha berpesan supaya para muslimat mengikhlaskan niat sebelum majlis bermula supaya diganjarkan dengan pahala yang berganda.

β€œTujuan kita berkumpul hari ini adalah untuk memohon kesejahteraan dan kesembuhan buat Kak Mah yang sentiasa aktif sebelum ini dalam majlis-majlis ilmu serta kita semua yang hadir dalam majlis hari ini,” jelasnya.

Majlis berkenaan telah dianjurkan oleh Ahli Muslimat PAS Cawangan Kampung Che Long di rumah Kak Mah pada 5 Januari yang lepas serta dihadiri oleh beberapa orang AJK Muslimat DUN Permaisuri.

” Kak Mah atau nama sebenarnya Melor Jusoh telah mengidap penyakit kencing manis, buah pinggang dan telah berjangkit kepada jantung. Kaki sebelah kanannya telah dipotong akhir November yang lalu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️