Perginya Seorang Permata Ummah Almarhum Ustaz Ansory
Banting, 2 November 2017 – Mudir Pondok Bustanul Arifin di Labohan Dagang, Alfadhil Ustaz Haji Ahmad Ansory @ Khairul Muin bin Morshid telah disahkan meninggal dunia tepat jam 12.01 minit malam tadi setelah koma beberapa hari di Hospital Putrajaya.
Rombongan DMPNS yang diketuai oleh Ketuanya, Ustazah Hjh Wan Hasrina Wan Hassan beserta beberapa orang AJK Lajnah Kebajikan DMPNS telah turun ke Labohan Dagang pagi tadi bagi untuk bersama-sama solat jenazah serta menziarahi isteri dan keluarga almarhum.
Urusan pengebumian telah dibuat pada jam 10.00pagi, dimana solat jenazah telah diimamkan oleh Naib Presiden PAS, YB Ustaz Idris Ahmad dan disertai oleh ribuan Ulama, ahli dan pimpinan PAS dari pelbagai peringkat, Muallim dan pelajar Pondok Bustanul Arifin, serta ahli keluarganya.
Almarhum Ustaz Ansory merupakan pengasas pondok Bustanul Arifin di Kg Labohan Dagang, Sepang yang menerima pelajar dari pelbagai latarbelakang untuk ditarbiah kembali termasuklah penagih dadah. Almarhum juga seorang yang aktif berdakwah dan bergerak dengan PAS semasa hayatnya serta merupakan bekas Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepang.
Warga DMPNS mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum dan sama-sama mendoakan agar almarhum ditempatkan bersama golongan yang soleh dan beriman.
Al-Fatihah.
- TAGS
- Dewan Muslimat PAS Selangor
Teruskan Sumbangan Kepada Pembangunan SRITI
Artikel PAS Selangor
Tahniah Kerajaan Perikatan Nasional
Artikel PAS Selangor
Ingatlah Waktu Lapang Mu Sebelum Waktu Sempit – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor
tdBlocksArray.push(Terkini
Yayasan Bank Rakyat bantu Madrasatul Quran Sri Tanjung
04/01/2021
Selamat Hari Braille Sedunia
04/01/2021
Covid-19 Melaka : JKNM isytihar Kluster Telok Mas
04/01/2021
AMAL KUALA KRAU BANTU BERSIHKAN RUMAH MANGSA BANJIR
04/01/2021Copyright © 2020 PAS Pusat. All Rights Reserved. Dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat dan diselenggara oleh Team CPP PAS Malaysia. Pejabat Agung PAS Pusat, No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel 03-26925000. Fax 03-26938399. www.pas.org.my .white-popup-block:before { background-image: url(‘https: in_page' // if (