Tidak Perlu Tunggu Semboyan Ketiga
DUNGUN- Para Pemuda Parti Islam SeMalaysia(PAS) sepatutnya sudah mengerakkan kerja-kerja ke arah mencapai kemenangan pilihanraya umum keempat belas tanpa perlu menunggu tiupan semboyan ketiga.
Ini kerana, tegas Pesuruhjaya PAS Terengganu, Tuan Guru Dato Haji Hussein Awang, semboyan pilihanraya telah ditiupkan, sejak dari awal tahun lagi dengan pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Negeri Terengganu dan semboyan terbaharu yang mengegarkan adalah FASTAQIM 2.0.
“Cukuplah dengan dua semboyan ini, yang mereka mesti bangkit,” ujar beliau di Majlis Dialog sempena Lawatan Pesuruhjaya dan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT) ke DUN Rantau Abang pada isnin,9.Oktober di Dewan PASTI Gong Pasir di sini.
Justeru itu, beliau mengingatkan kebangkitan tamadun bangsa adalah semua panji-panji dikibar oleh pemuda bukan sahaja ideologi-ideologi barat bahkan juga dakwah yang dibawa dan dipimpin para rasul juga pembawa obor kejayaan adalah dikalangan anak-anak muda seperti Sayidina Ali bin Abi Talib, Jaafar bin Talib,Abdullahbin Abbas dan Abdullah bin Mas’ud.
“Yang memberi hujah dengan berani secara berdepan tanpa berselindung ialah Jaafar bin Abi Talib, yang mengetuai rombongan 80 orang berhijrah ke Habsyah untuk menyelamatkan aqidah, hujah balas dengan golongan kafir dihadapan Raja Najashi, pemerintah Habsyah, “ terang beliau meniup semangat orang muda yang merupakan hampir 70 peratus yang hadir pada malam.tersebut.
Sebelum itu, Pengarah Pilihanraya BPPNT, Ustaz Ariffin Deraman, menyatakan kehadiran pemuda hampir 70 peratus yang membanjiri FASTAQIM 2.0, bukanlah menggambarkan gerakerja pilihanraya.
“Memandangkan 50 peratus lebih, hampir 60 peratus pengundi adalah terdiri daripada yang berumur 40 tahun ke bawah, jadi kalau kita nak.menang undi, fokus mestilah lebih kepada orang muda,” jelas ADUN Alur Limbat itu.
Menurutnya, untuk menguasai pengundi muda,Pemuda dan Ameerah perlu membuat pelan tindakan khusus bermula dari sekarang. secara agresif kerana program untuk orang muda masih tidak mencukupi.
“Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pemuda dan Ameerah mestilah boleh menarik orang muda,” ujar beliau lagi.
Majlis dialog itu juga turut dihadiri ADUN Rantau Abang, Haji Alias Harun dan ADUN Sura, Wan Hapandi Nik.
US, UK Ke Arah Mengharamkan Tik Tok
Artikel PAS Terengganu
Garis Panduan Hiburan : Bukti Kerajaan Negeri Terengganu Hargai Wanita
Artikel PAS Terengganu
Hati-hati dengan persepsi negatif dari media baru
tdBlocksArray.push(Terkini
Yayasan Bank Rakyat bantu Madrasatul Quran Sri Tanjung
04/01/2021
Selamat Hari Braille Sedunia
04/01/2021
Covid-19 Melaka : JKNM isytihar Kluster Telok Mas
04/01/2021
AMAL KUALA KRAU BANTU BERSIHKAN RUMAH MANGSA BANJIR
04/01/2021Copyright © 2020 PAS Pusat. All Rights Reserved. Dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat dan diselenggara oleh Team CPP PAS Malaysia. Pejabat Agung PAS Pusat, No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel 03-26925000. Fax 03-26938399. www.pas.org.my .white-popup-block:before { background-image: url(‘https: in_page' // if (