πŸ”΄ TERKINI
Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN
Hari Ini Dalam Sejarah

Hari ini dalam sejarah : Datuk Mohd Salleh Abdul Majid meninggal dunia

2 JANUARI 2012 (ISNIN)

PADA hari ini dalam tahun 2012, Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pakar penganalisis ekonomi tersohor, Datuk Mohd Salleh Abdul Majid meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser rektum dan buah pinggang.

Allahyarham dilahirkan pada 11 Julai 1949 di Hulu Kelang, Selangor. Allahyarham dilantik sebagai Pengurus Besar BSKL pada September 1984 pada usia 34 tahun di saat negara mengalami krisis ekonomi yang tidak menentu dan menerima pelbagai kritikan.

Datuk MohdΒ  SallehΒ  Abdul Majid (Kredit foto : Google)

Bagaimanapun di sebalik kritikan diterima, Allahyarham dan pasukannya berjaya mengharungi saat sukar. Usaha serta komitmen berterusan itu juga melonjakkan kerier Allahyarham dan seterusnya dipilih sebagai Presiden BSKL pada 1996.

Berkat kesungguhan serta usaha dilakukan selama hampir dua dekad, BSKL berjaya mencapai piawaian antarabangsa.

Allahyarham bersara dari BSKL pada 1 Mei 2003, dan meneruskan usahanya dalam mendidik masyarakat mengenai ekonomi dan pelaburan.

Allahyarham merupakan seorang yang bersemangat memperjuangkan agenda ekonomi Melayu dan pemergiaan Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara.

Datuk Mohd Salleh Abdul Majid (Kredit foto: Google)

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️