๐Ÿ”ด TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL โ€œINI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTONโ€ PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG โ€˜Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajayaโ€™ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL โ€œINI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTONโ€ PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG โ€˜Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajayaโ€™ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
KelantanNegeri

Judi: Banteras Habis-Habisan, Contohi Kerajaan Negeri Kelantan

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Judi: Banteras Habis-Habisan, Contohi Kerajaan Negeri Kelantan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tegas menentang semua bentuk perjudian yang beroperasi dalam negara dan pendirian ini konsisten sejak awal penubuhan PAS.

Selain nombor ekor, perjudian atas talian juga sangat membimbangkan dan semakin giat beroperasi. Kegiatan ini perlu segera dibanteras sehingga ke akar umbi oleh pihak kerajaan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

PAS juga menyeru agar semua negeri mencontohi pentadbiran 30 tahun negeri Kelantan yang telah mengarahkan semua PBT melarang mengeluarkan lesen premis kepada semua jenis perjudian di negeri tersebut.

PAS membantah sekeras-kerasnya jika ada cubaan untuk meningkatkan jumlah cabutan judi di negara ini. Di kala negara berdepan dengan pandemik COVID-19, sewajarnya rakyat tidak mengambil jalan keluar yang mudah menghadapi kesulitan. Sebaliknya PAS yakin dengan bantuan yang akan disalurkan melalui Belanjawan 2021 mampu membantu rakyat mengharungi cabaran ini.

Sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, kerajaan perlu memainkan peranan untuk mengubah minda masyarakat agar melihat judi sebagai satu bentuk penyakit yang akan merosakkan institusi keluarga, masyarakat dan negara. Malah, kegiatan judi tidak membawa sebarang manfaat bahkan lebih besar mudarat.

Allah SWT berfirman:

ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุงู’ ุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุงู„ู’ุฎูŽู…ู’ุฑู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽูŠู’ุณูุฑู ูˆูŽุงู„ุฃูŽู†ุตูŽุงุจู ูˆูŽุงู„ุฃูŽุฒู’ู„ุงูŽู…ู ุฑูุฌู’ุณูŒ ู…ู‘ูู†ู’ ุนูŽู…ูŽู„ู ุงู„ุดู‘ูŽูŠู’ุทูŽุงู†ู ููŽุงุฌู’ุชูŽู†ูุจููˆู‡ู ู„ูŽุนูŽู„ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุชููู’ู„ูุญููˆู†ูŽ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah Al-Maidah: 90)

โ€˜Islam Memperkukuh Perpaduanโ€™

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
31 Disember 2020 | 16 Jamadil Awal 1442

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

๐Ÿ“ฑ ๐Ÿ“˜ ๐Ÿฆ โœˆ๏ธ