Covid-19 Melaka : Mukim Sempang Daerah Jasin, zon kuning terbaru

Oleh : Ibnu Janie
MASJID TANAH, 30 Dis : Mukim Sempang di Daerah Jasin hari ini menjadi mukim terbaru diisytihar sebagai zon kuning apabila ia mencatatkan satu kes baharu hari ini.
Demikian dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) di dalam satu hantaran di lamanrasmi jabatan itu sebentar tadi.
Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (252 kes) dan Machap (97 kes) hari ini masih di dalam zon merah, sementara tujuh belas belas mukim lagi dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Durian Tunggal (5 kes) Klemak (3 kes), Sungai Baru Ilir (7 kes), Sungai Baru Tengah (1 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Bandar Melaka (1 kes) Bertam (2 kes), Bukit Katil (1 kes), Bukit Rambai (8 kes), Cheng (5 kes), Semabok (1 kes), Tangga Batu (5 kes), Tanjung Kling (9 kes), Tanjung Minyak (1 kes), Telok Mas (4 kes), Ayer Panas (1 kes) dan Sempang (1 kes)

Laporan itu juga menyebut sebanyak lapan kes positif baharu turut direkodkan di Negeri Melaka hari ini.
Berikut adalah perincian kes :
DAERAH MELAKA TENGAH
Mukim Bukit Rambai
βͺοΈ 1 kes jangkitan tempatan
βͺοΈ Kes daripada saringan kontak
rapat
βͺοΈ Kontak keluarga
βͺοΈ Umur : 10 Tahun
βͺοΈ Kluster Rambai
Mukim Cheng
βͺοΈ4 kes jangkitan tempatan
βͺοΈSaringan kontak rapat kes
positif
βͺοΈ Kontak keluarga
βͺοΈ Umur: 5 bulan, 33,56 & 61
tahun
Mukim Telok Mas
βͺοΈ1 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes dari saringan kontak
rapat kes positif
( Kota Tinggi, Johor)
βͺοΈKes bertemu di Melaka
βͺοΈUmur : 25 Tahun
DAERAH JASIN
Mukim Jasin
βͺοΈ1 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes dari saringan kontak
rapat kes positif sebelum
ini.
βͺοΈUmur : 44 Tahun
Mukim Sempang
βͺοΈ1 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes daripada saringan kontak
rapat dan bergejala
βͺοΈPertemuan dengan kes
positif (Kinta, Perak) di
Melaka.
βͺοΈUmur : 42 Tahun
Tambah laporan itu lagi, sebanyak 303 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk tiga kes ICU.
Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak
1870 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini.
Laporan itu turut membawa perkhabaran mengejutkan apabila Johor buat kali pertamanya mencatat kes tertinggi antara negeri dengan merekod 607 kes, diikuti oleh Selangor yang mencatatkan 472 kes.
Laporan itu juga menyatakan hanya Perlis sahaja tidak merekodkan kes baharu hari ini sementara semua negeri atau wilayah yang lain ada merekodkan kes baharu.




