πŸ”΄ TERKINI
Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN
Sabah

30 anak kategori B40 terima bantuan ? Back To School

Oleh : Nur Marlyannah Umar
28 Disember 2020

TAWAU :Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau telah mengadakan program ‘ Back To School’ di PASTI Nurul Hasanah Sg Gading , di sini , kelmarin.

Seramai 30 orang anak-anak daripada golongan B40 sekitar Kampung Sg Gading, Kg Wakuba dan Kg ApasΒ  terpilih sebagai penerimaΒ  dalam program itu.

Bantuan yang diberikan adalah berupa beg sekolah dan alat tulis.

Menurut Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau ( DMPKT ) Mandina Ladale, programΒ  tersebut merupakan Program tahunan DMPKT menerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan (LKK).

Puan Mandina Ladale turut menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) PASTI Nurul Hasanah, Sg Gading atas komitmen membantu menjayakan program tahunan itu.

Menurutnya lagi, sumbangan program ‘Back To School’ itu adalah hasil daripada kutipan sumbangan ahli-ahli PAS Kawasan Tawau untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Hadir sama dalam program tersebut adalah Timbalan Ketua Muslimat DMPKT, Salmawati Pataruddin, Pengerusi LKK , Siti Arfa Asrisal dan Ketua Muslimat PAS Cawangan Apas, Ervinah Basmin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️