Covid-19 Melaka : 1 kematian, 5 kes positif baharu

Oleh : Ibnu Janie
MASJID TANAH, 26 Dis : Satu kes kematian baharu dan lima kes positif baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di lamanrasminya sebentar tadi.
Kes kematian baharu yang dilaporkan ini melibatkan mangsa berumur 69 tahun daripada Mukim Telok Mas, Daerah Melaka Tengah, di mana ini adalah kes kematian keenam akibat Covid-19 yang direkodkan di dalam Negeri Melaka semenjak wabak ini menyerang negeri ini.
Untuk rekod, kali terakhir Melaka merekodkan kes kematian akibat Covid-19 ialah pada 8 Mei lepas.
Menurut laporan itu lagi, daripada lima kes jangkitan baharu yang direkodkan hari ini tiga dikesan di Daerah Melaka Tengah sementara dua lagi di Daerah Jasin.
Berikut adalah perincian kes :
DAERAH MELAKA TENGAH
Mukim Bukit Katil
βͺοΈ1 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes daripada saringan kontak
rapat kes positif (Kontak : Rakan)
βͺοΈUmur : 58 tahun
Mukim Machap
βͺοΈ 1 kes jangkitan tempatan.
βͺοΈ Kes saringan Depoh
Tahanan Imigresen
βͺοΈ( Pengusiran Negara Asal)
βͺοΈ Kes kontak rapat kes positif
βͺοΈ 33 tahun
Mukim Sungai Baru Ilir
βͺοΈ1 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes saringan kontak rapat
Kes positif (Kontak : Keluarga)
βͺοΈ63 tahun
DAERAHΒ JASIN
Mukim Jasin
βͺοΈ1 kes jangkitan tempatan
βͺοΈ Kes saringan kontak rapat
βͺοΈ Pusat Koreksional
βͺοΈ Kluster Jalan Harapan
βͺοΈ 24 Tahun
Mukim Ayer Panas
βͺοΈ 1 kes jangkitan tempatan
βͺοΈ Kes saringan kontak rapat kes
positif
βͺοΈ (Kontak : Keluarga)
βͺοΈ Bayi 5 bulan
Sebanyak 362 kes masih dirawat di Hospital Melaka, PKRC Penjara Sungai Udang dan PKRC MAEPS Serdang, dengan satu kes ICU, sementara 139 kes sembuh baharu direkodkan untuk hari ini, kata laporan itu lagi.

Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (249 kes) dan Machap (96 kes) hari ini kekal di dalam zon merah, sementara dua belas mukim lagi dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Durian Tunggal (2 kes) Klemak (2 kes), Sungai Baru Ilir (1 kes), Sungai Baru Tengah (1 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Bertam (1 kes), Bukit Rambai (2 kes), Cheng (1 kes), Tangga Batu (3 kes), Tanjung Kling (3 kes), Telok Mas (1 kes) dan Sebatu (2 kes).
Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2335 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Kuala Lumpur mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 728 kes dan diikuti oleh Selangor yang mencatatkan 710 kes.
Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Terengganu.




